Saturday, 29 August 2015

Hidup umpama di pentas opera , tirai dibuka dan muzik pun dimainkan tambahan lagi punyai pelbagai watak dan jalan cerita yang mencabar . Beruntunglah si watak utama kerna dia sentiasa disanjung saat lakonannya menjadi . Kesianlah suara latar belakang , hanya kedengaran suara saja tapi muka tidak kelihatan . Itu la nilai kehidupan , semua ingin menjadi watak utama tapi tak semua mampu melakonkan watak utama itu dengan sempurna .

Thursday, 27 August 2015

Jangan sedih bila tak dihargai , cuba lah untuk sentiasa senyum agar semuanya berjalan dengan lancar walaupun tekadang merasa kaki teramat lemah untuk melangkah . Nescaya , pahit akan manis akhirnya .

Dalam Kehidupan sudah menjadi asam garam bila kita disayangi mahupun dibenci . Tapi apa yang menguatkan kita untuk terus berjuang di pentas kehidupan ini adalah keprihatinan insan yang senasib , yang mengetahui 1001 parut luka kita . Jangan berhenti berjuang selagi masih ada harapan .