Monday, 5 October 2015

Irama Hidup

Setiap kali diduga
Hati ini pasti merintih
Setiap kali diuji
Hati ini pasti menangis

Adakah aku yang bersalah
Adakah aku yang berdosa
Dan adakah aku yang zalim
Kerna disetiap ujian
Aku pasti sukar menerima dugaan

Kuatkanlah hati ku
Lapangkan lah dada ku
Tabahkan lah jiwa ku
Seandainya ujian ini satu rahmat dari Mu

Sekiranya esok bakal menjanjikan kebahagiaan
Sekiranya sang pelangi akan muncul sesudah hujan
Dan sekiranya ada hikmah tersembunyi
Izinkan aku melaluinya dengan senyuman

Aku percaya
Disetiap langkah ku
Disetiap hembusan nafas ku
Pasti ada kamu .....

No comments:

Post a Comment